Usaha selamatkan badak sumbu putih utara diteruskan

Agensi
Ogos 23, 2019 13:13 MYT
Sebelum ini usaha seumpamanya berjaya dilakukan terhadap dua badak putih iaitu Najin dan Fatu. - AP
Usaha menyelamatkan spesies badak sumbu putih utara diteruskan di Nanyuki, Kenya pada Khamis.
Antara yang dilakukan termasuk mengeluarkan ovum dengan menggunakan teknologi reproduksi dari dua badak sumbu putih utara betina.
Menurut pakar hidupan liar dan doktor haiwan, langkah itu bagi meneruskan kelangsungan hidupan spesies itu daripada pupus.
Sebelum ini usaha seumpamanya berjaya dilakukan terhadap dua badak sumbu putih iaitu Najin dan Fatu.
Sebanyak 10 ovum yang dikeluarkan akan dihantar ke Itali bagi proses persenyawaan dan akan digunakan untuk melahirkan semula spesies itu menerusi haiwan tumpang.
Usaha ini diketuai Institut Leibniz, Penyelidikan Hidupan Liar Kenya dan Pusat Konservasi Ol Peteja.
Pada Mac lalu, satu-satunya badak sumbu putih utara jantan yang diberi nama Sudan mati akibat masalah kesihatan yang serius.
BACA: Badak sumbu putih utara jantan terakhir dunia tenat
#badak sumbu putih #doktor haiwan #Fatu #Kenya #Najin #ovum #Sudan