DUNIA
USDP Myanmar menang majoriti kerusi di Parlimen Kesatuan
Penyokong parti USDP bergembira ketika kempen pilihan raya di Wundwin, bahagian Mandalay, tengah Myanmar, 7 Jan, 2026. (Foto AP)
YANGON: Parti Solidariti dan Pembangunan Kesatuan (USDP) Myanmar memenangi majoriti kerusi di Parlimen Kesatuan, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) pada Khamis, lapor Xinhua.
Angka terkini daripada UEC menunjukkan bahawa USDP memperoleh 231 kerusi di Pyithu Hluttaw (Dewan Rakyat) dan 108 kerusi di Amyotha Hluttaw (Dewan Negara), dengan jumlah keseluruhan 339 kerusi.
Sebanyak 420 kerusi pilihan raya dipertandingkan di seluruh negara dalam pilihan raya umum ini, menurut data UEC.
Parlimen Kesatuan Myanmar terdiri daripada dua dewan dengan jumlah keseluruhan 664 kerusi: 440 kerusi Pyithu Hluttaw dan 224 kerusi Amyotha Hluttaw.
Pilihan raya umum demokrasi berbilang parti itu telah dijalankan dalam tiga fasa: fasa pertama berlangsung pada 28 Dis 2025 di 102 perbandaran; fasa kedua pada 11 Jan 2026 di 100 perbandaran; dan fasa terakhir pada 25 Jan 2026 di 61 perbandaran.
-- BERNAMA