DUNIA
Utara Perancis masih bergelap susulan Ribut Goretti
Keadaan gelap di stesen kereta api Saint-Lazare di Paris susulan ribut Goretti yang melanda barat Perancis, 9 Jan 2026. REUTERS
PARIS: Kira-kira 92,000 isi rumah di Perancis masih terputus bekalan elektrik selepas Ribut Goretti melanda negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Pengendali rangkaian elektrik Perancis, Enedis memaklumkan bekalan elektrik telah dipulihkan kepada lebih tiga perempat daripada 380,000 kediaman yang terjejas oleh ribut itu pada awalnya.
Bagaimanapun, gangguan bekalan masih berterusan di beberapa wilayah utara dan barat laut termasuk Manche, Calvados, Seine-Maritime, Eure dan Orne.
Pasukan pembaikan masih bertungkus-lumus untuk memulihkan sepenuhnya bekalan, manakala ribut berkenaan turut dilaporkan menjejaskan pengeluaran elektrik negara.
Menurut penyiar awam Franceinfo, syarikat elektrik EDF tidak dapat menghasilkan tenaga di loji kuasa nuklear Flamanville sejak Khamis malam.
Ribut Goretti membawa angin kencang dengan kelajuan mencecah kira-kira 200 kilometer sejam (km/j) merentasi beberapa bahagian di negara itu.
Kelajuan angin tertinggi mencecah 213 km/j direkodkan di Gatteville dalam wilayah Normandy.
Kementerian Dalam Negeri Perancis memaklumkan enam orang mengalami kecederaan ringan akibat bencana itu.
-- BERNAMA