awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan

Bernama
Bernama
03/07/2022
04:22 MYT
Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan
Mirziyoyev berkata meskipun pindaan dibuat namun status autonomi Karakalpakstan tidak akan berubah. - BERNAMA
TASHKENT: Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan susulan protes yang sedang berlaku, lapor Agensi Anadolu.
Pengisytiharan darurat itu ditandatangani Presiden Shavkat Mirziyoyev selepas tunjuk perasaan tercetus ekoran cadangan kerajaan untuk meminda status autonomi wilayah itu.
Perintah darurat akan berkuat kuasa bermula 3 Julai hingga 2 Ogos dengan mengehadkan aktiviti keluar masuk di wilayah itu dan semua acara awam adalah dilarang.
Sekatan sementara turut dilaksanakan bagi mengurangkan kenderaan masuk di wilayah itu serta untuk menjejaki individu tertentu.
Penunjuk perasaan sebelum ini dilaporkan cuba menyerbu bangunan kerajaan.
Mirziyoyev berkata meskipun pindaan dibuat namun status autonomi Karakalpakstan tidak akan berubah.
"Adalah perlu untuk memastikan status undang-undang Republik Karakalpakstan kekal tidak berubah," katanya, sambil menambah bahawa "kami pasti akan membina Uzbekistan dan Karakalpakstan baharu bersama-sama."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Uzbekistan
#perintah darurat
#Karakalpakstan
#Shavkat Mirziyoyev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan