DHAKA: Satu kajian baharu mendapati vaksin oral yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selamat untuk merawat virus polio jenis 2 serta mampu menghasilkan 99 peratus antibodi peneutral pelindung terhadap bayi baharu lahir dan tidak divaksinasi sebelum ini.
Kajian yang dijalankan saintis di Pusat Penyelidikan Penyakit Cirit-birit Antarabangsa, Bangladesh (ICDDR,B) yang berpangkalan di Dhaka bersama rakan kongsi itu telah diterbitkan dalam jurnal The Lancet, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan ICDDR,B pada Ahad.
Saintis kanan di Bahagian Penyakit Berjangkit di ICDDR,B Dr. Md. K Zaman yang mengetuai kajian itu berkata kajian pertama yang dijalankan ke atas para ibu dalam trimester ketiga kehamilan, menunjukkan vaksin oral itu selamat dan menghasilkan 99 peratus antibodi.
Vaksin polio oral dua dos yang terbaharu itu dilulukan WHO pada November 2021.
Dr. Zaman berkata vaksin polio oral baharu ini selamat dan imunogenik dalam kumpulan umur yang paling perlu divaksinasi bagi menghentikan rantaian penularan polio dalam komuniti berisiko.
Beliau berkata lebih 450 juta dos vaksin yang diluluskan diberi mengikut Prosedur Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO tanpa sekatan umur untuk penerima.
Percubaan fasa 2 untuk kajian itu telah dijalankan di luar bandar Bangladesh di Pusat Penyelidikan Kesihatan Matlab ICDDR,B di Chandpur dari 21 Sept 2020 hingga 16 Ogos 2021.
Secara keseluruhan, 327 wanita menerima dua dos vaksin atau plasebo dan antaranya 325 telah diuji untuk imunogenisitas.
Bilangan kes polio di seluruh dunia menurun daripada anggaran 350,000 pada 1988 kepada enam kes pada 2021 -- penurunan lebih 99 peratus dalam kes yang dilaporkan, menurut CDC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

Dr. Md. K Zaman berkata vaksin polio oral baharu ini selamat dan imunogenik dalam kumpulan umur yang paling perlu divaksinasi bagi menghentikan rantaian penularan polio dalam komuniti berisiko.- Gambar hiasan/REUTERS

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Kertas Putih: Kerajaan terpaksa buat keputusan dasar muktamadkan perolehan vaksin COVID-19
Pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin.

336,592 murid perempuan tingkatan 1 kohort 2020 hingga 2022 belum terima vaksin HPV
KKM komited memastikan semua murid perempuan kohort 2021, 2022 dan 2023 akan menerima vaksin HPV sebelum mereka tamat persekolahan.

Kes selesema melonjak di Australia
Kes influenza di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk.

Hanya 0.2 peratus jemaah haji berada di pusat rawatan - Syed Saleh
Seramai 29 orang atau hanya 0.2 peratus daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci ketika ini berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH).

KKM perluas suntikan vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak lahir 2018, 2019
KKM menyasarkan 700,000 daripada 1 juta kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun menerima suntikan vaksin pneumokokal.

PBB bimbang situasi 1 bilion manusia di 43 negara berisiko dijangkiti taun
Walaupun wabak tersebut boleh dihentikan, dunia berdepan isu kekurangan sumber yang sangat kritikal.

AS mulakan ujian klinikal vaksin influenza universal mRNA
Ujian dimulai dengan pendaftaran sukarelawan di Duke University di Durham, North Carolina.

Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan
IBET yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

AS tamatkan kecemasan kesihatan awam COVID-19
Pentadbiran Biden juga menamatkan keperluan vaksin COVID-19 untuk pekerja persekutuan, kontraktor persekutuan dan pelancong antarabangsa pada Khamis.

Selangor beri 1,500 vaksin percuma bagi jemaah haji
Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan meneruskan Program Vaksin Selangor (SELVAX) dengan memberikan 1,500 vaksin Pneumokokal percuma khusus kepada jemaah haji negeri itu.