Vaksin COVID-19: 2.139 bilion dos didaftarkan seluruh dunia

Astro Awani
Jun 8, 2021 00:03 MYT
Di Amerika Syarikat, sejumlah 302,388,838 dos vaksin COVID-19 telah didaftarkan setakat ini. - Gambar hiasan
SETAKAT ini, sejumlah lebih 2.139 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia.
Ia mencatatkan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 777,879,000 dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti Amerika Syarikat dengan sebanyak 302,388,838 dos dan India, 232,786,482 dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom dan Brazil.
Manakala Jerman dengan 54.9 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing dengan 40 dan 38.6 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 28.8 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Filipina pula dengan 5.96 juta dos, diikuti Thailand dengan 4.19 juta dos dan Singapura 4.05 juta dos.
Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos didaftarkan atau diberi sebanyak 3,493,193.
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #dos #suntikan #China #Amerika Syarikat #United Kingdom #Malaysia #daftar