LEBIH 6.01 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.18 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 840 juta dos  manakala Amerika Syarikat dengan lebih 386 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 227 juta dos sementara Jepun melebihi 154 juta.

Manakala Jerman dan Turki melebihi 106 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 130 juta dos, diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.

Manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.