SYDNEY: Australia mencatat kematian pertama akibat kes pembekuan darah.

Pihak kawal selia vaksin negara itu percaya kematian wanita berusia 48 tahun itu akan kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca.

Pihak Keselamatan Vaksin Australia (VSIG) memaklumkan mangsa meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca.

Selain mangsa, dua lagi kes pembekuan darah turut dilaporkan.

Namun, dua pesakit berkenaan disahkan pulih.

Mangsa yang meninggal dunia turut disahkan mempunyai beberapa masalah kesihatan lain, termasuk diabetes.