KUMPULAN Bank Dunia komited memperuntukkan ASD2 bilion pada penghujung April untuk membiayai vaksin COVID-19 di 40 negara membangun.
Menurut Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia Axel van Trotsenburg pada Jumaat, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan ASD12 bilion yang disediakan oleh bank itu untuk pembangunan, pengedaran dan pengeluaran vaksin di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurutnya, dana berkenaan dijangka meningkat kepada ASD4 bilion di 50 negara menjelang pertengahan tahun ini.
Jelasnya, usaha membendung COVID-19 dengan penggunaan vaksin akan dapat dipercepatkan melihat kepada kepantasan program vaksinasi dijalankan di sesebuah negara.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus sebelum ini berkata, vaksin tidak akan berkesan sekiranya virus itu terus bermutasi dengan varian baharu dan tersebar luas.
Beliau turut memaklumkan, seluruh dunia bersatu dalam pengagihan vaksin terutama kepada negara berpendapatan rendah.
Astro Awani
Fri Apr 09 2021
Bangunan The World Bank di Washington, 5 Apr, 2021. (Foto AP)
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Maghribi sahkan kes pertama MPOX
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech pada Khamis, Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP.
Penduduk Palestin zahir harapan genjatan senjata kekal
Penduduk Palestin terus menzahirkan harapan gencatan senjata yang kekal dapat dilaksanakan selepas 11 bulan konflik di Gaza.
Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya,
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox Kecemasan Kesihatan Global, ini 6 langkah segera KKM
Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari.
Doctors Without Borders bimbang penularan mpox di Afrika
Kanak-kanak sangat terdedah kepada mpox, yang menyumbang 56 peratus daripada kes dan 79 peratus angka kematian tahun ini.
Agensi PBB gesa jeda kemanusiaan di Gaza untuk kempen vaksinasi polio
Menurut WHO, dua pusingan kempen vaksinasi polio dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos dan September 2024 di seluruh Semenanjung Gaza.
Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Menurut pakar perubatan keluarga, 81 peratus kanak-kanak tidak menjalani gaya hidup aktif.
Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.