BRAZIL akhirnya memulakan program vaksinasi kanak-kanak pada jumaat, seminggu selepas ia ditangguhkan.

Ia susulan keengganan kerajaan persekutuan menyokong langkah imunisasi bagi melindungi kanak-kanak daripada COVID-19.

Terdahulu pada 16 Dis 2021, pengawal selia kesihatan negara tersebut meluluskan penggunaan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Namun, keputusan tersebut tidak dipersetujui Presiden Jair Bolsonaro yang sejak itu mempertahankan pendirian tidak memberi vaksin kepada kanak-kanak.

Dia malah tidak membenarkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin.

Bolsonaro turut menjelaskan, terdapat kesan sampingan yang teruk sekiranya kumpulan ini menerima vaksin.

Bagaimanapun, kajian yang diterbitkan pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat pada Disember lalu mengesahkan kesan sampingan terhadap kumpulan itu jarang berlaku.

Setakat Jumaat, hanya enam daripada 27 daerah di Brazil sudah menerima bekalan vaksinasi buat kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, bekalan vaksin akan diserahkan kepada daerah yang masih belum mendapatnya hujung minggu ini.

Brazil mempunyai kira-kira 20 juta populasi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, menurut kementerian itu.