awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: AS cari jalan penyelesaian perkongsian paten

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2021
23:58 MYT
Vaksin COVID-19: AS cari jalan penyelesaian perkongsian paten
Jake Sullivan ketika bercakap kepada media di White House, Washington, 4 Feb, 2021. - Gambar fail REUTERS
AMERIKA Syarikat (AS) dilaporkan sedang mencari titik penyelesaian terhadap isu perkongsian paten bagi vaksin COVID-19.
Perkara tersebut didedahkan selepas Parti Demokrat menghantar surat terbuka kepada Presiden Joe Biden, menggesa beliau mengutamakan rakyat berbanding syarikat farmaseutikal.
Namun, menurut Penasihat Keselamatan White House, Jake Sullivan, langkah itu adalah bagi memastikan setiap orang divaksin.
"Ini asasnya, kami percaya syarikat farmaseutikal sepatutnya membekalkan (vaksin) pada skala besar kepada seluruh dunia.
"Ini bagi memastikan tiada jurang supaya semua orang dapat divaksin.
"Duta kami, Katherine Tai, wakil dagang Amerika Syarikat, sedang membincangkan dengan lebih teliti di WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) untuk mencari penyelesaian bagi perkara ini.
"Dan kita akan menemui jalan untuk maju ke hadapan dalam beberapa hari akan datang ini," katanya di Washington pada Ahad.
Kenyataan tersebut menyusul 10 wakil Demokrat yang menyoal tindakan Biden berkongsi paten vaksin COVID-19 dengan negara lain, bagi membolehkan negara-negara tersebut menghasilkan vaksin sendiri.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#paten
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#White House
#Washington
#keselamatan
#rakyat
#AS
#Jake Sullivan
#Katherine Tai
#WTO
#perkongsian paten
#Parti Demokrat
#surat terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan