PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat menyarankan pengeluar vaksin COVID-19 menukar reka bentuk dos penggalak mereka bermula musim luruh ini dengan memasukkan komponen yang disesuaikan bagi memerangi subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang dominan pada masa ini.
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19 dan boleh memperlahankan pengeluarannya kerana FDA menyarankan reka bentuk yang agak berbeza daripada apa yang telah diuji dan mula dihasilkan.
Kata pegawai tertinggi agensi kepada Reuters, FDA tidak memerlukan kajian baharu bagi suntikan BA.4 atau BA.5 pada manusia untuk kelulusan.
Ini kerana prosedurnya adalah sama seperti cara perubahan tahunan kepada vaksin selesema dikendalikan.
Menurut pakar penyakit berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Dr William Schaffner, vaksin yang direka bentuk semula boleh memberikan perlindungan yang lebih baik daripada yang sedia ada.
FDA berkata syarikat tidak perlu menukar vaksin untuk siri vaksinasi utama dan mengatakan tahun akan datang akan menjadi "tempoh peralihan apabila vaksin dos penggalak yang diubah suai ini mungkin diperkenalkan".
Suntikan dos penggalak baharu ialah vaksin Bivalen yang menyasarkan kedua-dua virus asal serta subvarian Omicron.
Keputusan itu mengikuti cadangan penasihat luar agensi untuk menukar reka bentuk vaksin pada musim luruh ini bagi memerangi versi coronavirus yang lebih lazim.
BA.4 dan BA.5 dianggarkan menyumbang lebih daripada 50 peratus jangkitan di Amerika Syarikat dan juga telah menjadi dominan di tempat lain.
FDA berharap vaksin yang diubah suai boleh digunakan pada awal hingga pertengahan musim luruh.
Astro Awani
Fri Jul 01 2022

FDA tidak memerlukan kajian baharu bagi suntikan BA.4 atau BA.5 pada manusia untuk kelulusan. - Foto fail

KDNK | Penduduk Sabah masih bergelut pengangguran & kemiskinan
Pensyarah Kanan Politik Ekonomi UiTM Sabah, Dr. Firdausi Suffian pula melihat peningkatan positif KDNK suku kedua masih belum diterjemahkan ke dalam realiti ekonomi rakyat Sabah. Hakikatnya rakyat di negeri itu khususnya golongan B40 masih bergelut dengan masalah peluang pekerjaan.

KDNK | Subsidi barangan asas perlu untuk kawalan harga siling
Meskipun negara catat pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun ini, namun pakar ekonomi berpendapat kerajaan masih perlu meneruskan subsidi dan kawalan harga siling barangan asas. Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Dr Nurhani Aba Ibrahim berkata ia berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) makanan catatkan kadar inflasi 6.2 peratus, iaitu tertinggi berbanding kumpulan barangan lain.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati
Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis.

Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi
Mahkamah Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$42.7 juta terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna.

Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.

Kastam rampas minuman keras bernilai RM1.2 juta
Ia melibatkan rampasan hampir 66,000 botol dan tin berisi bir bernilai kira-kira RM1.2 juta termasuk cukai dan nilai sitaan kenderaan.

Hidupan Liar | Penyu agar betina ditemukan mati
Seekor anak penyu agar betina ditemukan mati terdampar dekat Pantai Beting Lintang, Besut, pada Khamis. Aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Plastik Ija (GPI), Afifah Ab Aziz berkata bangkai tersebut dijumpakan orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

STR: Kerajaan Pahang komited bantu rakyat miliki tanah
Inisiatif Kerajaan Pahang menawarkan pemilikan tanah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR) adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah milik sendiri di masa hadapan.

Malaysia, Qatar pertingkat hubungan dagangan, intai prospek pelaburan baharu
Qatar dan Malaysia nyatakan komitmen babitkan kerjasama dalam konteks bantuan kemanusiaan di Palestin dan Afghanistan.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

Penganggur didenda RM7,000 hantar komunikasi ajak berhimpun ketika COVID
Penganggur didenda atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi berbaur ancaman melalui Twitter dengan mengajak satu perhimpunan ketika pandemik COVID-19.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

COVID-19: Jepun catat 250,403 kes baharu, tertinggi dalam 24 jam
Jepun mencatatkan 250,403 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.

COVID-19: 4,896 kes baharu, 12 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.719 juta kes sejak pandemik melanda negara.

3,083 kes baharu COVID-19, 12 kematian
Tiga daripada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).