awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
[TERKINI] Faizal Azumu pula umum letak jawatan Pengerusi PN Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Jumlah dos didaftar seluruh dunia lebih 3.84 bilion

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2021
22:26 MYT
Vaksin COVID-19: Jumlah dos didaftar seluruh dunia lebih 3.84 bilion
Lebih 3.84 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad. -Gambar fail
LEBIH 3.84 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.53 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan 433 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat lebih 340 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.
Jepun dengan lebih 73 juta dos dan Perancis lebih 68 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 60.48 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Malaysia mencatat lebih 17 juta dan Filipina lebih 16 juta dos.
Thailand kini lebih 15 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 7 juta dos.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#dos vaksin
#China
#jumlah vaksin didaftar
#vaksin disuntik
#United Kingdom
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan