VAKSIN COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech adalah selamat dan berkesan kepada kanak-kanak enam bulan hingga umur bawah lima tahun, dengan pemberian tiga dos.
Laporan dikeluarkan syarikat berkenaan berdasarkan ujian klinikal terbaharu yang mendapati keberkesanan vaksin bagi tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.
Laporan ini didedahkan ketika Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dijadual berbincang mengenai kelulusan vaksin kepada kumpulan umur kanak-kanak paling muda.
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla memaklumkan formulasi kepada kanak-kanak paling muda menunjukkan tindak balas imun lebih kuat.
Ia kini akan melengkapkan permohonan kepada pihak kawal selia global, bagi membolehkan vaksin ini tersedia secepat mungkin.
Berdasarkan data baharu, 1,678 kanak-kanak menerima dos ketiga atau penggalak dua bulan selepas dos kedua.
Analisis klinikal mendapati, kadar antibodi meningkat sama seperti individu dewasa yang menerima dua dos vaksin.
Astro Awani
Tue May 24 2022

Formulasi kepada kanak-kanak paling muda menunjukkan tindak balas imun lebih kuat. - Foto fail/REUTERS

Kesihatan | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut
Kerajaan mensasarkan masalah bantut rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada 8 peratus menjelang tahun 2030. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

Masalah bantut | Isu akses harga protein dan susu juga dibincangkan - Khairy
Jelas Khairy Jamaluddin, jawatankuasa khas yang diwujudkan itu juga akan membincangkan serta memberi syor. Terutama mengenai akses harga sumber protein kepada kanak-kanak.

KKM | Sentiasa beri garis panduan taska dan tadika - Khairy
Khairy Jamaluddin menjelaskan Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan garis panduan makanan bagi setiap tadika berdaftar di negara ini. Ujarnya, menjadi kebimbangan sekiranya ada tadika yang tidak berdaftar dan tidak mengikut pemakanan yang sesuai.

Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta
Kejayaan meraih kutipan jualan tiket RM11 juta memberikan tanda aras baharu pada filem tempatan.

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

WUF11 | Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi. #WUF11 #AWANIxWUF

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Pengurangan kemudaratan, langkah terbaik rawat ketagihan nikotin
Sejak diperkenalkan, penggunaan methadone terbukti berkesan apabila kes jangkitan HIV membabitkan pengguna dadah secara suntikan (IDU) mencatatkan penurunan signifikan.

Selesaikan dahulu isu 'perut rakyat', baru fikir pilihan raya - Shamsul Amri
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk pilihan raya apatah lagi dalam keadaan rakyat berdepan pelbagai masalah termasuk isu harga barang.

COVID-19: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Dr Noor Hisham
Bilangan kes kematian menunjukkan penurunan kepada 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.

COVID-19: Jumlah kes baharu meningkat, kematian catat penurunan
Kes baharu meningkat 10.9 peratus kepada 15,739 kes manakala kes kematian menurun sebanyak 38.1 peratus iaitu 13 kes pada ME ke-25 (19-25 Jun)

COVID-19: 2,003 kes baharu, satu kematian dicatat
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,746 kes.

PM Thailand berterima kasih pada rakyat yang masih pakai pelitup muka
Prayut amat memberi perhatian kepada kesihatan orang awam kerana risiko jangkitan masih ada.

Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta individu dewasa terima dos penggalak
Sebanyak 16,137,205 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

COVID-19: 2,302 kes baharu, tiada kematian dicatat
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,745 kes.

Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 192 kes positif
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 192 kes positif COVID-19 seterusnya mencatatkan peningkatan sebanyak 22 kes berbanding Jumaat.

Thailand mansuh pemakaian pelitup muka
Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.

Gelombang baharu COVID-19: MOTAC, KKM sentiasa pantau kes
Nancy berkata, kenyataan Khairy tidak boleh dipandang ringan dan pada masa sama berharap agar negara tidak hadapi kesulitan seperti sebelum ini.