awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19 Bangavax Bangladesh dapat kelulusan ujian terhadap manusia

Bernama
Bernama
24/11/2021
08:14 MYT
Vaksin COVID-19 Bangavax Bangladesh dapat kelulusan ujian terhadap manusia
Vaksin COVID-19 buatan tempatan pertama Bangladesh menerima kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia. - Gambar hiasan/AP
DHAKA: Vaksin COVID-19 buatan tempatan pertama Bangladesh menerima kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia.
Bangavax, vaksin yang dibangunkan syarikat farmaseutikal tempatan Globe Biotech mendapat kelulusan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Bangladesh (BMRC) pada Selasa, lapor Xinhua.
"Kami dapat kebenaran daripada BMRC untuk lakukan ujian kepada 64 peserta dewasa yang sihat," kata pegawai kanan Globe Biotech, Mohammad Mohiuddin.
Beliau berkata BMRC turut memaklumkan bahawa syarikat itu akan diberi kebenaran untuk vaksin itu digunakan secara meluas jika ujian fasa dua dan fasa tiga menunjukkan keselamatan serta keberkesanan.
Globe Biotech memohon kelulusan untuk menjalankan ujian terhadap manusia pada 1 Nov dan ujian ke atas monyet mendapati vaksin itu menghasilkan "keputusan memberangsangkan".
Vaksin itu dilaporkan boleh disimpan pada suhu empat darjah Celsius selama sebulan dan -20 darjah Celsius sehingga enam bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#Bangavax
#Bangladesh
#kelulusan ujian terhadap manusia
#Globe Biotech
#Mohammad Mohiuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan