awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Chile setuju beli vaksin Moderna

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2022
02:56 MYT
Vaksin COVID-19: Chile setuju beli vaksin Moderna
Hampir 90 peratus populasi rakyat negara itu sudah melengkapkan dua dos vaksin dan lebih 60 peratus sudah melengkapkan dos penggalak. - Foto fail/REUTERS
SANTIAGO: Chile bersetuju untuk membeli vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal, Moderna.
Perkara itu diumumkan Presiden Sebastián Piñera pada Isnin.
Ia bagi melancarkan proses pemberian dos keempat kepada rakyatnya.
"Kita sudah memulakan proses pemberian dos keempat kerana vaksin adalah untuk melindungi tetapi pada masa sama, perlindungan itu akan semakin berkurang.
"Apabila varian baharu muncul, seperti Omicron, ia adalah perlu dan merupakan keperluan untuk memberi perlindungan tambahan untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Malah jelasnya, pihaknya akan berbincang lanjut bersama syarikat tersebut untuk memastikan bekalan vaksin yang efektif dan berkesan terus mencukupi buat warga Chile.
Untuk rekod, hampir 90 peratus populasi rakyat negara itu sudah melengkapkan dua dos vaksin dan lebih 60 peratus sudah melengkapkan dos penggalak.
Pemberian dos keempat sudah bermula 10 Januari lalu dengan mereka yang mengalami masalah kesihatan.
Manakala pihak berkuasa kesihatan terima dos keempat pada 20 hingga 23 Januari lepas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dos keempat
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan