awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Dos penggalak J&J dapati tingkat tahap antibodi

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2021
23:40 MYT
Vaksin COVID-19: Dos penggalak J&J dapati tingkat tahap antibodi
J&J merupakan salah satu pengeluar vaksin COVID-19 dengan dos tunggal. - Foto fail/REUTERS
DOS penggalak atau 'booster' vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dapat meningkatkan tahap antibodi terhadap virus itu.
Itu dapatan kajian yang dijalankan syarikat berkenaan daripada dua percubaan di peringkat awal.
Data awal yang diumumkan pada Rabu itu melibatkan 17 orang.
Ia mendapati bahawa dos kedua vaksin J&J yang disuntik selepas enam bulan menghasilkan peningkatan kadar antibodi sebanyak sembilan kali ganda, berbanding antibodi yang dihasilkan selepas 28 hari suntikan dos pertama itu.
J&J merupakan salah satu pengeluar vaksin COVID-19 dengan dos tunggal.
Syarikat itu berada di bawah tekanan untuk mengemukakan bukti mengenai suntikan penggalak akan meningkatkan perlindungan.
Ini ketika mana Amerika Syarikat sedang mempergiat untuk melancarkan kempen dos penggalak bermula September nanti.
Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, mula memberikan dos penggalak kepada individu rentan, termasuk mempunyai masalah penyait imuniti susulan penularan varian Delta.
Namun kempen dos penggalak di Amerika Syarikat telah mengecualikan J&J kerana belum ada bukti kukuh ia akan meningkatkan perlindungan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#johnson and johnson
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan