Vaksin COVID-19: Jumlah dos didaftar seluruh dunia melebihi 6.19 bilion

Astro Awani
September 30, 2021 00:39 MYT
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 141 juta dos.
LEBIH 6.19 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.2 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 883 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 389 juta dos vaksin.
Brazil catat lebih 234 juta dos sementara Jepun melebihi 162 juta.
Manakala Jerman dan Turki melebihi 106 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 141 juta dos, diikuti Thailand, Filipina dan Malaysia melebihi 40 juta.
Manakala Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin.
#COVID-19 #vaksin #Johns Hopkins University #China