DUNIA
Vaksin COVID-19: Remaja, kanak-kanak berdepan risiko selepas dijangkiti
Kanak-kanak yang masih belum layak terima vaksinasi di kebanyakan negara ketika ini mencatatkan peningkatan kes di hospital dan kematian akibat COVID-19. - Foto fail/REUTERS/Henry Nicholls
WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa kanak-kanak di Amerika Latin berdepan risiko besar COVID-19.
Menurut pengarahnya, Carissa Etienne, ketika ramai populasi dewasa menerima suntikan vaksin, kanak-kanak yang masih belum layak di kebanyakan negara ketika ini mencatatkan peningkatan kes di hospital dan kematian akibat COVID-19.
Dengan peningkatan ini jelasnya, kanak-kanak dan orang muda juga berdepan risiko akibat COVID-19.
"Golongan remaja dan anak muda juga boleh menyebarkan virus COVID-19 seperti golongan dewasa.
"Tahun lepas, terdapat lebih 1.5 juta kes COVID-19 membabitkan kanak-kanak dan remja yang dilaporkan di wilayah ini dan angka itu telah meningkat kepada 1.9 juta sehingga kini.
"Oleh kerana lebih ramai golongan dewasa telah menerima vaksin COVID-19, lebih banyak kes kemasukan ke hospital atau kematian akibat virus ini melibatkan kanak-kanak yang belum terima vaksinasi.
"Jadi perlu dijelaskan di sini, golongan kanak-kanak dan remaja juga berdepan risiko akibat dijangkiti COVID-19," katanya.
Untuk rekod, beberapa negara di Amerika Latin seperti Peru sudah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka.
Namun, negara itu turut merekodkan kadar jangkitan tinggi dalam kalangan kanak-kanak.
Pada masa sama, Etienne turut menegaskan berkenaan ketidaksamarataan vaksin dan menggesa agar petugas barisan hadapan terlebih dahulu menerima suntikan penggalak atau 'booster shot'.