Vaksin COVID-19: Sinovac didapati 86 peratus berkesan cegah kemasukan ke hospital

Astro Awani
Ogos 3, 2021 23:26 MYT
Vaksin tersebut turut 89.7 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) - Foto fail/REUTERS/Willy Kurniawa
SANTIAGO: Vaksin COVID-19 Sinovac berkesan 58.5 peratus untuk mencegah jangkitan simptomatik dalam kalangan jutaan rakyat Chile yang menerimanya.
Dapatan itu hasil kajian dibuat dalam tempoh Februari hingga Julai.
Perkara itu disahkan pihak berkuasa kesihatan Chile dalam laporan yang diterbitkan pada Selasa.
Pegawai Kesihatan, Rafael Araos berkata, CoronaVac berkesan 86 peratus dalam mencegah kemasukan ke hospital.
Vaksin tersebut turut 89.7 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan 86 peratus berkesan dalam mencegah kematian dalam populasi.
Pada April, kajian sama mendapati bahawa vaksin Sinovac berkesan 67 peratus dalam mencegah penyakit simptomatik.
#COVID-19 #vaksin #Sinovac #Coronavac #Chile