Varian baharu COVID-19 dikesan di Belgium

Bernama
November 27, 2021 11:01 MYT
Varian baharu COVID-19 dikenali B.1.1.529 telah dikesan di Belgium. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Varian baharu COVID-19 dikenali B.1.1.529 telah dikesan di Belgium, kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Franck Vandenbroucke pada Jumaat lapor Agensi Berita Xinhua.
Menerusi dua sampel suspek yang dianalisis pihak berkuasa kesihatan mendapati satu daripadanya disahkan varian B.1.1.529.
Belgium pada Jumaat memutuskan untuk menangguhkan penerbangan dari negara selatan benua Afrika selaras dengan syor Suruhanjaya Eropah.
Pengembara Belgium yang pulang dari negara di selatan Afrika dan negara lain yang berdekatan mesti menjalani kuarantin 10 hari.
Beberapa negara di Eropah, terutamanya United Kingdom, Jerman dan Itali, telah pun memutuskan menutup sempadan dengan rantau itu.
-- BERNAMA
#varian baharu #COVID-19 #Belgium #Franck Vandenbroucke