awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian baharu: Perancis, Arab Saudi, beberapa negara lain larang perjalanan dari Afrika

Bernama
Bernama
27/11/2021
02:49 MYT
Varian baharu: Perancis, Arab Saudi, beberapa negara lain larang perjalanan dari Afrika
Orang ramai beratur untuk menaiki penerbangan Air France ke Paris di lapangan terbang OR Tambo di Johannesburg, Afrika Selatan, 26 Nov 2021. (Foto AP)
PARIS: Perancis pada Jumaat melarang kemasukan pengembara dari negara-negara Afrika sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam berikutan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19.
Pengembara dari Afrika Selatan, Lesotho, Botswana, Zimbabwe, Mozambique, Namibia dan Eswatini, tidak dibenar masuk ke Perancis, tanpa mengira status vaksinasi, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan strain baharu, B.1.1.529, sebagai "Varian Yang Membimbangkan" yang mencetuskan peningkatan mendadak kes COVDI-19 di Afrika Selatan.
Selain itu, pada Jumaat Arab Saudi turut mengumumkan larangan perjalanan keluar dan masuk dari tujuh negara Afrika, memetik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
BACA: Varian baharu: WHO bimbang tindakan kenakan larangan perjalanan
BACA: COVID-19: Varian baharu B.1.1.529 'Omicron' diklasifikasi sebagai 'membimbangkan'
Penerbangan yang dibatalkan membabitkan negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.
Maghribi, Mesir dan Israel turut mengambil langkah yang sama bagi membendung penularan varian baharu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#varian baharu
#Afrika Selatan
#larang kemasukan pengembara dari Afrika
#larangan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan