awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian COVID-19 India ditemui di sekurang-kurangnya 17 negara - WHO

Agensi
Agensi
28/04/2021
05:07 MYT
Varian COVID-19 India ditemui di sekurang-kurangnya 17 negara - WHO
India sekarang ini berdepan dengan lonjakan kes jangkitan baharu dan juga kematian akibat pandemik COVID-19. - Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa memberitahu bahawa sejenis varian COVID-19 yang dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan di India kini sudah berada di sekurang-kurangnya belasan negara lain.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, varian B1617 yang awalnya dikesan di India, sehingga Selasa telah dikenal pasti di lebih daripada 1,200 turutan yang dimuat naik ke pangkalan data GISAID, dari sekurang-kurangnya 17 buah negara.
"Kebanyakan maklumat itu dimuat naik dari India, United Kingdom dan Singapura,” menurut kenyataan WHO dalam kemas kini epidemiologi mingguan.
Sebelum ini, WHO menyenaraikan B1617 sebagai varian yang diberikan tumpuan, berikutan memiliki ciri mutasi berbeza.
Itu bermakna, varian tersebut lebih berbahaya berbanding versi asal virus berkenaan, iaitu lebih mudah berpindah, membawa maut dan boleh menjangkiti mereka yang sudah divaksinasi.
India sekarang ini sedang berdepan dengan lonjakan kes jangkitan baharu dan juga kematian akibat pandemik, dan kebimbangan juga meningkat berkenaan kemungkinan ancaman seterusnya.
Lonjakan kes jangkitan terkini di India menyaksikan sejumlah 350,000 orang direkodkan positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam. Itu sekali gus menyumbang kepada kenaikan kes global sehingga 147.7 juta kes.
Di seluruh dunia, virus itu sudah membunuh lebih daripada 3,1 juta orang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#varian baharu
#Mutasi
#India
#WHO
#kesihatan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan