Skip to main content

Dunia

Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing

61636364309_TOKYO.jpg
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron, lapor Xinhua.

Kishida berkata keputusan itu dibuat untuk mengelak senario yang tidak diingini dan ia adalah langkah sementara sehingga maklumat yang lebih jelas mengenai varian Omicron diperoleh.

Sebelum ini, Jepun telah melarang kemasukan pengembara atau mereka yang pernah mengunjungi negara seperti Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video