DUNIA
Varian selesema baharu cetus kegusaran ketika pakar pantau penularan global
Varian bermutasi H3N2 yang dikesan pada musim panas lalu, merebak dengan pantas dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital. - Gambar fail/hiasan
ISTANBUL: Pegawai kesihatan kini memantau dengan teliti satu varian selesema yang mencetuskan wabak awal dan lebih teruk daripada biasa di Kanada, United Kingdom (UK) dan Jepun, menurut laporan NBC pada Rabu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap potensi kesannya di Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Varian bermutasi H3N2 yang dikesan pada musim panas lalu, merebak dengan pantas dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.
"Sejak ia muncul, virus ini merebak dengan pantas dan kini mendominasi di beberapa negara di Hemisfera Utara," kata Dr Wenqing Zhang, ketua Unit Ancaman Pernafasan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam satu taklimat.
Pakar memberi amaran yang varian itu mempunyai pelbagai mutasi yang menjadikannya berbeza daripada komponen H3N2 dalam vaksin selesema bermusim tahun ini. "Virus ini agak berbeza daripada strain H3N2 yang disertakan dalam vaksin tahun ini," kata Dr Antonia Ho, pakar penyakit berjangkit di Universiti Glasgow, Scotland.
UK melaporkan kes selesema tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata James Mackey, ketua Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) negara itu.
Di Kanada, lonjakan awal turut dikesan, kata Ahli Virologi Angela Rasmussen dari Universiti Saskatchewan.
Sementara itu, di Jepun, kes selesema di Tokyo meningkat hampir enam kali ganda berbanding tahun lalu, memaksa lebih 2,300 sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup sebahagiannya, menurut laporan Nippon TV.
Setakat ini, belum jelas sejauh mana varian itu menular ke negara lain termasuk AS. Walaupun kes Flu A dilaporkan, data nasional yang menyeluruh masih belum tersedia akibat kekurangan tenaga kerja di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
Meskipun vaksin tahun ini mungkin tidak sepadan sepenuhnya dengan varian H3N2 yang bermutasi, pakar tetap menggesa orang ramai agar mengambil vaksin tahunan bagi mengurangkan tahap jangkitan dan mencegah kemasukan ke hospital.
Bukti awal dari UK menunjukkan vaksin semasa menyumbang sehingga 40 peratus keberkesanan dalam mencegah kemasukan ke hospital dalam kalangan orang dewasa.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Varian selesema H3N2 yang bermutasi menimbulkan kebimbangan di Kanada, UK, dan Jepun, disebabkan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.
- Kes selesema di UK meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu, sementara Jepun melaporkan peningkatan hampir enam kali ganda, memaksa penutupan sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
- Walaupun vaksin tahun ini mungkin tidak sepenuhnya berkesan, pakar tetap menggalakkan pengambilan vaksin tahunan bagi mengurangkan jangkitan dan mencegah masuk hospital.
Varian bermutasi H3N2 yang dikesan pada musim panas lalu, merebak dengan pantas dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital.
"Sejak ia muncul, virus ini merebak dengan pantas dan kini mendominasi di beberapa negara di Hemisfera Utara," kata Dr Wenqing Zhang, ketua Unit Ancaman Pernafasan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam satu taklimat.
Pakar memberi amaran yang varian itu mempunyai pelbagai mutasi yang menjadikannya berbeza daripada komponen H3N2 dalam vaksin selesema bermusim tahun ini. "Virus ini agak berbeza daripada strain H3N2 yang disertakan dalam vaksin tahun ini," kata Dr Antonia Ho, pakar penyakit berjangkit di Universiti Glasgow, Scotland.
UK melaporkan kes selesema tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata James Mackey, ketua Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) negara itu.
Di Kanada, lonjakan awal turut dikesan, kata Ahli Virologi Angela Rasmussen dari Universiti Saskatchewan.
Sementara itu, di Jepun, kes selesema di Tokyo meningkat hampir enam kali ganda berbanding tahun lalu, memaksa lebih 2,300 sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup sebahagiannya, menurut laporan Nippon TV.
Setakat ini, belum jelas sejauh mana varian itu menular ke negara lain termasuk AS. Walaupun kes Flu A dilaporkan, data nasional yang menyeluruh masih belum tersedia akibat kekurangan tenaga kerja di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.
Meskipun vaksin tahun ini mungkin tidak sepadan sepenuhnya dengan varian H3N2 yang bermutasi, pakar tetap menggesa orang ramai agar mengambil vaksin tahunan bagi mengurangkan tahap jangkitan dan mencegah kemasukan ke hospital.
Bukti awal dari UK menunjukkan vaksin semasa menyumbang sehingga 40 peratus keberkesanan dalam mencegah kemasukan ke hospital dalam kalangan orang dewasa.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah varian selesema yang sedang dipantau oleh pegawai kesihatan di beberapa negara?
A: Varian selesema yang dipantau adalah varian bermutasi H3N2 yang dikaitkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital. - Q: Mengapakah varian H3N2 ini menimbulkan kebimbangan di Amerika Syarikat?
A: Varian H3N2 ini menimbulkan kebimbangan di Amerika Syarikat kerana ia merebak dengan pantas dan dikaitkan dengan peningkatan kadar kemasukan ke hospital di negara lain. - Q: Bagaimanakah reaksi pakar terhadap ketidaksepadanan varian H3N2 dengan komponen dalam vaksin selesema tahun ini?
A: Pakar memberi amaran bahawa varian H3N2 yang bermutasi berbeza daripada komponen dalam vaksin selesema tahun ini, menyebabkan kebimbangan terhadap keberkesanan vaksin. - Q: Apakah kesan lonjakan kes selesema yang dilaporkan di UK, Kanada, dan Jepun?
A: Lonjakan kes selesema di UK, Kanada, dan Jepun telah menyebabkan peningkatan kadar kemasukan ke hospital dan penutupan sekolah serta pusat jagaan kanak-kanak. - Q: Apakah cadangan pakar berkaitan dengan vaksinasi bagi menghadapi varian H3N2 yang bermutasi?
A: Pakar menggesa orang ramai agar mengambil vaksin tahunan walaupun vaksin mungkin tidak sepenuhnya sepadan dengan varian H3N2, kerana vaksinasi dapat mengurangkan tahap jangkitan dan mencegah kemasukan ke hospital.