Vatican, Al-Azhar tandatangan dokumen banteras ekstremisme

Agensi
Februari 4, 2019 21:00 MYT
Dokumen telah ditandatangani oleh Pemimpin Tertinggi Katolik, Pope Francis dan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb. - Foto Reuters
Vatican dan Masjid Al-Azhar pada Isnin menandatangani sebuah dokumen membanteras kegiatan militan dan ekstremisme.
Lapor Reuters, dokumen tersebut telah ditandatangani oleh Pemimpin Tertinggi Katolik, Pope Francis dan Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.
Majlis tandatangan tersebut diadakan di ibu negara Emiriah Arab Bersatu, Abu Dhabi.
Ia sempena lawatan Pope Francis ke semenanjung Arab yang disifatkan sebagai satu lawatan bersejarah.
#Abu Dhabi #Emiriah Arab Bersatu #Imam Besar Al-Azhar #Islam #Kristian #Masjid al-Azhar #Pope Francis #Sheikh Ahmed al-Tayeb #Vatican