DUNIA
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
Delcy (kanan) mengesahkan telah menerima panggilan daripada Presiden AS Donald Trump dan Setiausaha Negara Marco Rubio mengenai pembukaan ruang udara komersial Venezuela. - Foto Reuters
CARACAS: Venezuela mengumumkan pelaksanaan reformasi dasar ekonomi negara itu apabila meluluskan undang-undang baharu berkaitan hidrokarbon untuk pasaran terbuka.
Lapor agensi berita Reuters, Presiden Interimnya, Delcy Rodriguez berkata ia melibatkan pengurangan cukai, autonomi lebih besar untuk pengeluar swasta dan membolehkan pemindahan aset dan perkhidmatan kepada pihak ketiga dan kontraktor swasta.
Langkah ini dijangka meningkatkan pengeluaran minyak dan gas serta menarik pelaburan asing, selaras dengan cadangan pelan pemulihan industri bernilai AS$100 bilion oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
“Dalam beberapa jam akan datang anda akan melihat sebuah video yang membuat kita berasa bangga iaitu eksport pertama bagi molekul gas pertama dalam sejarah Venezuela,” katanya di hadapan ribuan rakyat Venezuela ketika majlis menandatangani undang-undang tersebut.
Delcy turut mengesahkan telah menerima panggilan daripada Trump dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio mengenai pembukaan ruang udara komersial Venezuela.
Pentadbiran Trump juga katanya melonggarkan sekatan terhadap industri tenaga Venezuela melalui lesen am yang membenarkan transaksi berkaitan eksport minyak negara itu.
“Kita sedang membincangkan penghapusan sekatan ruang udara komersial Venezuela supaya semua syarikat penerbangan dan pelabur yang hendak datang boleh kembali ke negara ini,” katanya.
Reformasi ini menamatkan 20 tahun dasar nasionalisasi dan pengambilalihan aset asing, termasuk milik syarikat gergasi Amerika Syarikat seperti Exxon Mobil dan ConocoPhillips.
Delcy turut menekankan bahawa reformasi ini adalah hasil visi Presiden Nicolas Maduro yang diculik oleh tentera Amerika Syarikat bersama isterinya Cilia Flores pada 3 Januari lalu atas dakwaan keganasan dadah.
“Kami telah pun mengkaji undang‑undang ini, pembaharuannya, bersama dengan Presiden Maduro,” katanya lagi.
Delcy juga berharap dasar itu membawa manfaat kepada rakyat serta pembangunan industri tenaga Venezuela. -- Agensi