awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua

Bernama
Bernama
24/12/2025
20:30 MYT
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Williams, yang memenangi tujuh kejuaraan grand slam dan merupakan kakak kepada juara tenis Serena Williams, berkata beliau bertemu dengan suaminya itu di pertunjukan Gucci semasa Milan Fashion Week. - Gambar fail/AP
LOS ANGELES: Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Venus Williams berkahwin dengan pelakon Andrea Preti dalam satu majlis sambutan perkahwinan yang diadakan di lokasi kedua selama lima hari di Palm Beach, Florida, lapor PA Media/dpa.
Williams, yang memenangi tujuh kejuaraan grand slam dan merupakan kakak kepada juara tenis Serena Williams, berkata beliau bertemu dengan suaminya itu di pertunjukan Gucci semasa Milan Fashion Week.
Beliau memberitahu majalah Vogue: "Selepas temu janji kami di London, saya tahu saya akan berkahwin dengannya.
Pasangan ini bertunang pada 31 Jan 2025 di Tuscany dan perkahwinan pertama mereka berlangsung pada 18 Sept di Ischia, Itali, menurut laporan itu.
Williams berkata: "Kami impikan untuk mengadakan perkahwinan di Itali. Tetapi kami tidak cukup masa untuk menguruskan dokumen - kerana saya orang asing, ia boleh mengambil masa kira-kira lapan bulan. Jadi kami memutuskan untuk mengadakan perkahwinan kedua."
Pasangan itu berkahwin pada hujung minggu lalu dan memulakan sambutan pada Isnin sebelumnya apabila "10 hingga 12 ahli keluarga dan rakan rapat" meraikan mereka di atas sebuah kapal layar, yang dihadiahkan oleh Serena.
"Kami suka menyambut tetamu di rumah kami setiap hari dan semua orang teruja untuk berseronok bersama kami. Ia menghimpunkan warga Itali dan Amerika bersama-sama," kata Williams.
Pada Selasa, majlis bridal shower berlangsung di laman belakang rumah pasangan itu dan Williams berkata ahli rombongan pengantinnya menari mengikut lagu Beyonce.
Pada Rabu, ahli keluarga dan rakan rapat pergi ke Miami untuk makan malam di kelab ahli Sopra di tingkat atas restoran Forte dei Marmi, kemudian pada Khamis mereka mengadakan hari sukan dengan perlawanan bola tampar, tenis, dodgeball, perlumbaan kereta sorong dan pickleball.
Pada Jumaat, pasangan itu mengadakan perkahwinan sivil di pejabat pendaftaran dan Williams memakai gaun rekaan Morilee New York.
"Saya mahu memakai gaun yang saya fikir Andrea akan suka, yang tampak magis serta sempurna untuk perkahwinan di Florida," kata Williams.
Mengimbas hari istimewa tersebut, beliau berkata: "Ia adalah hari paling bahagia, paling indah dan paling manis."
Preti adalah seorang pelakon dan penerbit yang dilahirkan di Denmark dan membesar di sana sebelum berpindah ke Itali.
Pasangan itu turut berkongsi foto perkahwinan mereka di Instagram, dengan Venus memakai pelbagai gaun putih sepanjang sambutan lima hari itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Venus Williams
#Andrea Preti
#perkahwinan
#bintang tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan