DUNIA
Veto AS 'lumpuhkan' UNSC, PBB digesa aktifkan Resolusi 377, tubuh pasukan perlindungan di Palestin
Huwaida Araff berkata, UNSC merupakan satu-satunya badan yang berkuasa meluluskan tindakan penguatkuasaan termasuk campur tangan ketenteraan. - Gambar/ IG Huwaida Arraf
ITALI: Susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) yang berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), PBB digesa mengaktifkan Resolusi 377, atau dikenali sebagai Uniting for Peace, untuk menubuhkan pasukan perlindungan kepada rakyat Palestin.
Ringkasan AI
Menurut Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Peguam Hak Asasi Manusia, Huwaida Araff, UNSC merupakan satu-satunya badan yang berkuasa meluluskan tindakan penguatkuasaan termasuk campur tangan ketenteraan.
Namun, veto berterusan AS terhadap resolusi berkaitan Palestin menyebabkan usaha menghentikan keganasan tidak dapat dilaksanakan.
“Resolusi 377 memberi kuasa kepada PBB untuk bertindak apabila Majlis Keselamatan gagal mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa akibat ketiadaan sokongan sebulat suara dalam kalangan lima anggota tetapnya (P5) - China, Perancis, United Kingdom (UK), AS dan Rusia.
“Resolusi 377 yang diluluskan pada 1950, pada asalnya diperkenalkan AS sendiri bagi mengatasi veto Kesatuan Soviet ketika Perang Korea.
“Melalui resolusi itu, Perhimpunan Agung boleh mengambil langkah kolektif sekiranya UNSC gagal bertindak,” katanya.
Pada 19 September lalu, AS sekali lagi menggunakan kuasa veto terhadap resolusi UNSC yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan di Semenanjung Gaza.
Dalam sidang itu, 14 anggota Majlis lain menyokong draf berkenaan yang turut menggesa Israel menamatkan sekatan terhadap penghantaran bantuan kepada 2.1 juta penduduk Palestin di wilayah itu, namun ia digagalkan oleh undi negatif Washington.
Tambah Huwaida, sejak dua tahun lalu, mekanisme itu digunakan untuk mengadakan sidang tergempar dan meluluskan gesaan gencatan senjata.
Namun, kelemahannya ialah tiada mekanisme pelaksanaan apabila resolusi yang menyeru gencatan senjata tidak membawa makna apabila Israel terus mengabaikannya.
“Sokongan mungkin berkurangan kerana banyak negara sebelum ini hanya menyokong resolusi tanpa mekanisme penguatkuasaan.
“Kali ini, tekanan diplomatik perlu ditingkatkan bagi memastikan resolusi berkesan dapat diluluskan.
“Namun, kejayaan cadangan itu bergantung kepada kesediaan negara anggota memberi sokongan memandangkan implikasi geopolitik yang besar,” jelasnya lagi.
Resolusi 377 merupakan resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 1950 yang membolehkan Perhimpunan Agung mengadakan sesi khas mencadangkan langkah-langkah kolektif, termasuk tindakan ketenteraan, apabila Majlis Keselamatan tersekat akibat penggunaan veto dan terdapat ancaman terhadap keamanan.
Resolusi ini diterima pakai semasa Perang Korea untuk mengatasi ketidakupayaan Majlis Keselamatan dan sejak itu telah digunakan untuk menangani konflik seperti perang di Ukraine.
Ringkasan AI
- Freedom Flotilla Coalition menggesa PBB mengaktifkan Resolusi 377 (Uniting for Peace) susulan tindakan berulang Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto terhadap resolusi berkaitan Palestin di Majlis Keselamatan.
- Resolusi 377 membolehkan Perhimpunan Agung PBB mengambil langkah kolektif termasuk tindakan ketenteraan apabila Majlis Keselamatan gagal bertindak akibat veto anggota tetap, dan pernah digunakan semasa Perang Korea serta konflik Ukraine.
- Huwaida menekankan keperluan tekanan diplomatik dan sokongan negara anggota untuk memastikan keberkesanan resolusi, memandangkan resolusi terdahulu gagal dilaksanakan kerana tiada mekanisme penguatkuasaan.