ANKARA: Perdana Menteri Finland Sanna Marin pada Jumaat berkata beliau telah menjalani ujian saringan bagi mengesan penggunaan dadah selepas video menari bersama rakan-rakannya di sebuah parti tersebar.
Keputusan ujian itu dijangka dapat diketahui minggu depan, lapor Agensi Anadolu.
"Walaupun ketika remaja, saya tidak mengambil sebarang jenis dadah...tetapi saya tetap mengambil ujian saringan itu sebagai langkah untuk meredakan kebimbangan," katanya pada satu sidang media.
Terdahulu dalam satu wawancara dengan akhbar Helsingin Sanomat, pengerusi parti pembangkang Finland Riikka Purra meminta Marin secara sukarela mengambil ujian itu.
Baru-baru ini video perdana menteri berpesta bersama selebriti dan tokoh masyarakat tular di media sosial.
Marin berkata acara itu tertutup dan diadakan di kediamannya beberapa minggu lalu, rakaman itu untuk simpanan peribadi dan terkilan kerana video berkenaan telah tular.
Beliau berkata tiada sebarang penggunaan dadah pada majlis itu dan beliau hanya meminum minuman beralkohol secara sederhana.
"Saya juga orang biasa dan menjalani kehidupan yang biasa. Saya ada kerja dan juga keluarga, ada masa lapang untuk bersama rakan-rakan saya. Sama seperti orang lain yang sebaya dengan saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Sanna Marin berkata tiada sebarang penggunaan dadah sebaliknya beliau hanya meminum minuman beralkohol secara sederhana. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Finland Sanna Marin fail perceraian
Marin yang akan melepaskan jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum berkata mereka akan terus meluangkan masa bersama sebagai sebuah keluarga.
PM Finland Sanna Marin umum akan letak jawatan ketua parti
Perdana Menteri Finland Sanna Marin pada Rabu mengumumkan akan meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Sosial Demokrat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rakyat Finland keluar mengundi pada Ahad
Seramai 2,424 calon daripada 22 parti politik bersaing untuk merebut kerusi di Eduskunta, badan perundangan 'unicameral' negara Nordik itu.
Ujian saringan dadah ke atas PM Finland negatif
Marin secara sukarela mengambil ujian berkenaan, untuk membersihkan namanya.
PM Finland kesal video menari tular tersebar
Jelas Sanna Marin, video berkenaan dirakam untuk simpanan peribadi dan sepatutnya hanya untuk tontonan rakan-rakannya.
Gadis remaja ambil alih tugas Perdana Menteri Finland
Oleh itu, Aava Murto bakal berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama menteri dan ahli-ahli parlimen negara itu.
Finland tidak pernah cadangkan kerja empat hari seminggu
Sanna Marin meluahkan pendapat itu beberapa bulan sebelum dilantik menjadi ketua kerajaan termuda di dunia pada Disember.