INTERNATIONAL

Video juruterbang India puji tentera Pakistan tular

Agensi 28/02/2019 | 03:35 MYT
Tentera India berkawal berhampiran bangkai helikopter Tentera Udara India yang terhempas, di daerah Budgam, di Kashmir, 27 Feb, 2019. REUTERS
SATU video tersebar menunjukkan rakaman pengakuan juruterbang tentera India yang ditahan dan mengaku mendapat layanan baik oleh tentera Pakistan di tengah-tengah pertempuran antara dua negara itu.
Dalam rakaman itu Abhi Nandan mengaku pihak tentera Pakistan melayannya dengan baik dan beliau tidak akan menukar kenyataan itu sebaik sahaja pulang ke India.
Tidak dapat disahkan sama ada video itu dikeluarkan pihak tentera atau sebaliknya namun tangkapan paparan yang dimuat naik di laman Twitter jurucakap tentera adalah dari video berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Pakistan digesa memberikan layanan baik terhadap juruterbang pesawat pejuang India yang ditahan dalam siri berbalas serangan di sempadan Kashmir-India.
Menurut laporan NDTV, pakar mengatakan bahawa tindakan Pakistan yang menyiarkan penahanan juruterbang dalam keadaan berdarah akibat dipukul, melanggar konvensyen Geneva.
Di media sosial, hash tag #SayNoToWar dan #GenevaConvention mula tular bagi mendesak Pakistan membebaskan tahanan juruterbang.
Malah ada penduduk Pakistan sendiri mendesak tahanan tersebut dilayan dengan baik dan dihantar pulang berdasarkan Konvensyen Geneva.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
India dalam kenyataan pada Rabu menggesa juruterbang berkenaan dihantar pulang segera dalam keadaan selamat.
Konvensyen Geneva ditandatangani pemimpin dunia pada 1949 pasca Perang Dunia ke-2 dan diratifikasi oleh 196 negara.
Melalui konvensyen itu, hak asasi tahanan perang diperincikan tidak kira melibatkan orang awam mahupun tentera, di mana tahanan wajib diberikan perlindungan dari sebarang kesakitan dan kecederaan.
#Geneva Convention #helikopter #India #juruterbang india #Kashmir #konflik India Pakistan #Pakistan #Perang India Pakistan #Perang nuklear #pesawat #Say no to war #tentera india #tentera pakistan