SEBUAH video yang memaparkan kru pesawat penerbangan Lion Air kelihatan seolah melempar bungkusan dari perut pesawat tular di media sosial.
Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan kru pesawat berkenaan mengeluarkan barangan dipercayai milik penumpang dengan cara menggulingkannya jatuh menerusi tangga di bahagian belakang pesawat.
Lapor portal berita Tribunnews.com, perlakuan itu sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang rata-rata mempersoalkan cara pengurusan barangan penumpang yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Mengulas mengenai rakaman video tersebut, Pegawai Komunikasi Strategik dan Korporat Kumpulan Lion Air, Danang Mandala Prihantoro menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan.
Malah, menurutnya, barangan tersebut berkemungkinan bukan milik penumpang syarikat penerbangan itu.
“Menurut pengetahuan kami, bagasi penumpang tidak ditempatkan di dalam kabin pesawat.
“Hal ini kerana, pengoperasian susun atur bagasi penumpang berada di bahagian bawah pesawat,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, beliau tidak dapat memastikan berapa lama tempoh penyiasatan berhubung perkara berkenaan, namun pihaknya sedaya upaya menyegerakan proses siasatan agar punca dan sebab kejadian dapat dikenal pasti.
Astro Awani
Mon Jan 31 2022

Video yang memaparkan kru pesawat penerbangan Lion Air kelihatan seolah melempar bungkusan dari perut pesawat tular di media sosial. -Video tular

SC cadang perkenal mekanisme pindahan diperkemas ke pasaran utama
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024.

Malaysia catat pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Jan-Sept 2023, naik 6.6 peratus - MIDA
Sektor perkhidmatan menyumbang RM117.7 bilion, diikuti sektor pembuatan RM99.8 bilion dan sektor utama bernilai RM7.5 bilion.

Nestle Malaysia, PBSMM sumbang 4,000 kotak bantuan kepada mangsa banjir
Nestle komited untuk menyokong sekali gus menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program terutama kepada mereka yang terkesan akibat banjir.

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Situasi semasa di Gaza semakin teruk setiap jam
Pegawai WHO di Gaza memberitahu situasi semasa wilayah itu semakin teruk setiap jam susulan pengeboman bertubi-tubi rejim zionis di sekitar bandar Khan Younis dan Rafah.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Wanita maut, dua remaja lelaki cedera dalam tembakan di London
Seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Hackney, London.
17 maut bas terbabas ke gaung di Filipina
Sekurang-kurangnya 17 penumpang terbunuh manakala tujuh lagi kritikal, apabila bas dinaiki mereka terbabas di ‘selekoh maut’ sebelum terjunam dalam gaung di kaki sebuah gunung di tengah Filipina.

Video kru pesawat 'lempar bagasi' tular, Lion Air lakukan siasatan
Menurut Danang, barangan tersebut berkemungkinan bukan milik penumpang syarikat penerbangan itu.