KETIKA pujian mencurah-curah disampaikan dari seluruh dunia kepada pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS), terutamanya tentang sejarah terlantiknya Naib Presiden AS wanita pertama, sebahagian lagi dari warga dunia belum terubat rasa kecewa.
Kekecewaan itu datang dari dunia Islam umumnya, yang tidak meletakkan harapan tinggi bahawa wanita kulit hitam berdarah campuran Asia Selatan itu, boleh selari dengan ‘perjuangan yang lebih baik’ dalam paksi politiknya.
Di media sosial, tertular semula video ucapan Harris dalam Persidangan Dasar Jawatankuasa Hal Ehwal Amerika-Israel pada 2017.
Dalam ucapan itu, Harris berulang kali menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Israel, malah menegaskan, memberi sokongan penuh pada dasar AS yang menaja bantuan ketenteraan sejumlah AS$38 bilion untuk Israel untuk dekad seterusnya.
“Sokongan Amerika pada Israel perlu terus kukuh. Ketika Iran terus melancarkan perluru berpandu sementara membekal senjata dan dana kepada proksi Hezbollah, kita mesti teguh bersama Israel.
“Ketika Hamas meneruskan kawalan ke atas Gaza dan menembakkan roket ke sempadan selatan Israel, kita mesti teguh bersama Israel.
“Dan ketika ISIS dan perang saudara di Syria mengkucar-kacirkan rantau itu, menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal, dan menjejaskan kepentingan keselamatan, kita perlu terus menyokong mereka yang ditindas keganasan dan kita mesti teguh bersama Israel,” ujarnya yang mendapata tepukan gemuruh.
Pendirian Harris tentang isu negara Yahudi melihatkan dirinya lebih tegas berbanding Presiden AS yang baru diumum, Joe Biden, yang sebelum ini cuba menunjukkan nilai berbeza dalam parti Demokkratik.
Harris muncul di pentas politik nasional AS sejak 2017, namun pengalamannya berkhidmat selama tiga tahun sebagai Senator membuatkannya sering berada dalam kedudukan pro-Israel untuk partinya.
Selain video ucapan Harris dalam sebuah acara pada tiga tahun lalu itu, video pandangan Biden tentang Islam juga tersebar semula sejak namanya muncul sebagai 'kuasa baharu' yang mengakhiri era Donald Trump.
BACA: Kamala Harris wanita pertama jadi Naib Presiden AS
Di media sosial, terdapat video Biden yang dipercayai di sebua lokasi kempen politik. Beliau didekati beberapa individu yang bertanyakan kepadanya tentang pandangan terhadap warga Muslim di Amerika.
"(Kamu hendaklah) berbangga. Sangat berbangga. Saya betul-betul memaksudkannya. Saya berjanji, sebagai presiden, Islam akan dilayan sewajarnya, sama seperti agama utama lain," ujar Biden.
"Terima kasih, Kami sangat menghargainya," balas salah seorang wanita kepada Biden.
Ramai warga Islam Amerika, yang membentuk 1 peratus daripada populasi AS, berpandangan gandingan Biden-Harris bukanlah sesuatu yang 'cukup bagus' untuk memperjuangkan nasib dan visi komuniti mereka, namun mereka yang layak mengundi benar-benar mahu Trump berundur dari White House.
Dalam satu laporan Los Angeles Times, seorang penduduk Islam di South Bay, Sara Deen, menyifatkan lebih ramai penduduk Islam dalam komunitinya menunjukkan minat dalam pemilihan presiden baru-baru ini, berbanding pilihan raya-pilihan raya sebelumnya.
"Bagaimanapun, apa yang selama ini mengecewakan adalah betapa sering ahli politik ini mahu mengambil kira suara kami (orang Islam) namun tidaklah benar-benar berminat tentang apa yang kami mahu katakan.
"Terdapat idea tentang orang Islam terlibat dalam pentadbiran Biden-Harris. Namun, saya berada di persimpangan, antara optimistik dan curiga," ujarnya.
Agensi
Wed Nov 11 2020
Pendirian Harris tentang isu negara Yahudi melihatkan dirinya lebih tegas berbanding Presiden AS yang baru diumum, Joe Biden, yang sebelum ini cuba menunjukkan nilai berbeza dalam parti Demokratik. - Gambar fail
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon
Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin menghubungi Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump bagi menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden.
Trump raih kemenangan di Arizona, lengkapkan perebutan di 'swing state'
Donald Trump berjaya memenangi negeri Arizona dalam pilihan raya presiden pada Sabtu, menewaskan pencabarnya dari Parti Demokrat Kamala Harris.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden puji Harris 'juara untuk semua rakyat Amerika'
Kisah hidup Harris mencerminkan yang terbaik dari kisah Amerika, kata Biden memuji Naib Presidennya itu.
“Kita mesti terima keputusan pilihan raya ini” - Kamala Harris
Kamala Harris berucap buat pertama kali di alma mater beliau, Howard University, Washington, selepas kalah pada Pilihan Raya Presiden kelmarin.
Harris terima kekalahan, hubungi Trump bincang peralihan kuasa secara aman
Kamala Harris hubungi Donald Trump untuk ucap tahniah selepas pesaingnya itu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS.
A.S. Memilih: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Trump
Pemimpin-pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump.
A.S. Memilih: Trump isytihar kemenangan
Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
A.S. Memilih: Trump berterima kasih kepada rakyat Amerika "dipilih sebagai presiden ke-47"
Calon presiden Republikan AS Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat atas "penghormatan dipilih" ke jawatan tertinggi negara.
Trump, Harris raih kemenangan awal ketika lebih banyak pusat mengundi AS ditutup
Calon Republikan Donald Trump dan pencabarnya dari Demokrat Kamala Harris, memperoleh beberapa kemenangan awal pada petang Selasa.