DUNIA

Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi

Bernama 03/02/2026 | 12:30 MYT
Hasil siasatan mendapati kumpulan itu telah memperdagangkan lebih 8.4 bilion akaun e-mel antara tahun 2024 dan 2025, dengan mengaut keuntungan haram mencecah ratusan juta dong. - Foto hiasan/REUTERS
TUYEN QUANG (Vietnam): Polis di Wilayah Tuyen Quang memaklumkan pada Isnin bahawa mereka telah mendakwa tiga individu berhubung perdagangan haram lebih 8.4 bilion akaun e-mel dari seluruh dunia, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).


Ringkasan AI
  • Polis Wilayah Tuyen Quang mendakwa tiga individu atas perdagangan haram lebih 8.4 bilion akaun e-mel dari seluruh dunia menggunakan aplikasi Telegram.
  • Suspek memperoleh maklumat log masuk bocor melalui serangan siber dan menjualnya secara dalam talian, mencecah keuntungan haram berjuta-juta dong.
  • Kumpulan itu didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan Vietnam atas pencerobohan haram ke dalam rangkaian komputer, telekomunikasi, atau sistem elektronik.


Menurut pihak polis, kumpulan itu beroperasi secara terancang dengan menggunakan aplikasi Telegram untuk menghubungi rakan subahat dari luar negara bagi membeli atau menukar maklumat log masuk yang bocor, termasuk nama pengguna dan kata laluan yang diperoleh melalui serangan siber.

Pihak berkuasa berkata suspek kemudiannya menggunakan perisian automatik untuk menceroboh akaun e-mel secara haram, mengumpul data peribadi dan menjual semula maklumat berkenaan secara dalam talian untuk mengaut keuntungan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan Vietnam kerana pencerobohan haram ke dalam rangkaian komputer, rangkaian telekomunikasi atau sistem elektronik.

Hasil siasatan mendapati kumpulan itu telah memperdagangkan lebih 8.4 bilion akaun e-mel antara tahun 2024 dan 2025, dengan mengaut keuntungan haram mencecah ratusan juta dong.

Siasatan masih diteruskan dan polis kini sedang mengesan suspek lain yang terlibat.

-- BERNAMA



#Vietnam #perdagangan haram #serangan siber #akaun e-mel