awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam gesa orang ramai terus berwaspada terhadap COVID-19

Bernama
Bernama
14/05/2025
12:45 MYT
Vietnam gesa orang ramai terus berwaspada terhadap COVID-19
Kementerian Kesihatan Vietnam menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap COVID-19 susulan sedikit peningkatan kes dalam tempoh tiga minggu lepas. - Gambar fail/REUTERS
HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap COVID-19 susulan sedikit peningkatan kes dalam tempoh tiga minggu lepas, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Kementerian itu mengumumkan pada Isnin bahawa sejak awal tahun ini, sebanyak 148 kes COVID-19 telah direkodkan di 27 wilayah dan bandar di seluruh negara, tanpa sebarang kematian.
Sebagai respons kepada situasi itu, kementerian telah meningkatkan pemantauan dan memantau rapat perkembangan semasa, selain memperkukuh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan di fasiliti kesihatan serta dalam komuniti.
Ia juga memastikan kesediaan untuk kemasukan pesakit, rawatan kecemasan dan rawatan berkesan, khususnya bagi kumpulan berisiko tinggi seperti wanita hamil, individu yang mempunyai penyakit sedia ada dan warga emas bagi mengelakkan kematian.
Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka di tempat awam, dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan; mengelakkan perhimpunan besar kecuali perlu; kerap membasuh tangan dengan air bersih dan sabun atau menggunakan pembersih tangan; mengamalkan pemakanan sihat; bersenam secara berkala; serta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas.
Individu yang tiba atau pulang dari negara dengan kes COVID-19 tinggi juga perlu memantau tahap kesihatan masing-masing secara proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan kontak rapat, menurut kementerian.
Kementerian itu juga akan terus berkoordinasi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memantau dengan teliti situasi COVID-19 global dan melaksanakan langkah pencegahan serta kawalan yang bersesuaian dan berkesan.
Di peringkat global, sebanyak 25,463 kes COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang berakhir pada 27 April, menurun 56.9 peratus berbanding tempoh 28 hari sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#COVID-19
#peningkatan kes
#waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan