awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam larang guna produk dengan peta "garisan sembilan sempang"

Bernama
Bernama
07/07/2023
09:14 MYT
Vietnam larang guna produk dengan peta "garisan sembilan sempang"
'Garisan sembilan sempang' digunakan pada peta China untuk menggambarkan tuntutannya ke atas kawasan luas di Laut China Selatan termasuk kawasan yang dianggap Vietnam sebagai pelantar benuanya. - Gambar/ CIA/ Wikipedia
HANOI: Usaha mempopularkan dan menggunakan penerbitan dan produk mengandungi peta 'garisan sembilan sempang' di Vietnam melanggar undang-undang dan tidak diterima di negara itu, kata Jurucakap Kementerian Luar Negeri Pham Thu Hang.
Hang membuat kenyataan itu pada sidang media di Hanoi pada Khamis sebagai menjawab soalan wartawan berhubung larangan penayangan filem "Barbie" berdasarkan imej 'garisan sembilan sempang' itu, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Sebelum ini, Jabatan Pawagam di bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan mengesahkan filem itu tidak akan ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi imej garisan itu.
Keputusan itu dibuat selepas majlis penilaian dan klasifikasi filem kebangsaan menilai filem itu.
Mengenai maklumat berkaitan penganjur konsert kumpulan K-pop Blackpink di Hanoi yang menyiarkan peta yang memaparkan "garisan sembilan sempang" itu, Hang berkata Vietnam sudah berulang kali menjelaskan pendirian berhubung perkara itu.
Pihak berkuasa sedang mengesahkan maklumat mengenai pertunjukan itu, katanya.
'Garisan sembilan sempang' digunakan pada peta China untuk menggambarkan tuntutannya ke atas kawasan luas di Laut China Selatan termasuk kawasan yang dianggap Vietnam sebagai pelantar benuanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#filem Barbie
#peta
#garisan sembilan sempang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan