awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam minta Netflix, FPT keluarkan filem China siar babak 9 garis putus

Bernama
Bernama
10/07/2023
12:29 MYT
Vietnam minta Netflix, FPT keluarkan filem China siar babak 9 garis putus
Jabatan itu meminta Netflix Vietnam dan FPT mengeluarkan filem itu dalam tempoh 24 jam bermula dari 0:00 pada 10 Julai dan kemudian menghantar laporan kepadanya sebelum 12 Julai. - Gambar fail
HANOI: Jabatan Pawagam Vietnam telah meminta Netflix Vietnam dan FPT Telecom JSC mengeluarkan filem China "Flight To You" kerana mengandungi adegan garisan sembilan putus yang mencabuli kedaulatan Vietnam.
Badan pemerhati itu pada Ahad berkata pihaknya telah menyemak kesemua 39 episod daripada siri itu dan mendapati imej sembilan garisan putus muncul pada peta dalam episod 18, 19, 21, 24, 25, 26, 27, 30 dan 38, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Walaupun FPT telah mengaburkan imej peta, jabatan itu berkata filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi kandungan tidak sesuai, melanggar kedaulatan negara.
Jabatan itu meminta Netflix Vietnam dan FPT mengeluarkan filem itu dalam tempoh 24 jam bermula dari 0:00 pada 10 Julai dan kemudian menghantar laporan kepadanya sebelum 12 Julai.
Baru-baru ini, filem Blockbuster 'Barbie' diharamkan di Vietnam kerana babak yang memaparkan peta menunjukkan Laut China Selatan -- sebuah kawasan perairan yang secara strategik penting dan dituntut oleh China dan beberapa negara jirannya, yang kebanyakannya mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS).
Warner Bros pada Jumaat mempertahankan filem itu dengan mendakwa peta itu tidak lebih daripada "lukisan krayon seperti kanak-kanak" dan jelas tiada kaitan dengan sebarang kenyataan politik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Netflix
#FPT
#hubungan rapat
#kenyataan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan