[Terkini] Rayuan ditolak: Isa Samad dipenjara serta‑merta – Ikuti perkembangan kes!
DUNIA

Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia

Astro Awani 10/02/2026 | 04:39 MYT
Stadium Trong Dong di Hanoi, Vietnam, sedang dibina dan dijangka menjadi stadium bola sepak terbesar di dunia dengan kapasiti 135,000 tempat duduk menjelang 2028. -Foto Amanz
HANOI: Vietnam secara rasmi memulakan pembinaan Stadium Trong Dong di Hanoi, yang bakal menjadi stadium bola sepak terbesar dunia dengan kapasiti 135,000 tempat duduk.


Ringkasan AI
  • Stadium Trong Dong di Hanoi, Vietnam, sedang dibina dan dijangka menjadi stadium bola sepak terbesar di dunia dengan kapasiti 135,000 tempat duduk menjelang 2028, mengatasi Stadium Rungrado 1st of May yang kini mempunyai kapasiti antara 114,000 hingga 150,000 tempat duduk.
  • Inspirasi reka bentuk stadium ini datang daripada gong peradaban Dong Son, dengan motif burung Lac sebagai simbol identiti budaya Vietnam, dilengkapi dengan teknologi bertaraf dunia termasuk bumbung boleh buka terbesar, padang boleh ditarik keluar dalam tempoh 6 hingga 10 jam, rangkaian 5G, dan sistem pengurusan pintar berasaskan AI.
  • Projek mega ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Olympic Sports City, kawasan sukan dan perbandaran baharu seluas kira-kira 9,000 hektar dengan anggaran kos keseluruhan VND 925 trilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2035; Stadium Trong Dong turut menampilkan padang boleh dialih keluar dan tempat duduk yang rapat untuk suasana intim yang membezakan daripada stadium lain.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Apabila siap kelak pada 2028, ia akan mengatasi Stadium Rungrado 1st of May di Pyongyang yang kini memiliki kapasiti sekitar 114,000 hingga 150,000 tempat duduk.

Struktur ikonik ini diinspirasikan daripada gong peradaban Dong Son, dengan motif burung Lạc yang melambangkan identiti budaya Vietnam.

Selain saiznya yang luar biasa, stadium ini direka dengan teknologi bertaraf dunia termasuk bumbung boleh buka terbesar, padang boleh ditarik keluar dalam tempoh 6–10 jam, rangkaian 5G serta sistem pengurusan pintar berasaskan AI.

Projek mega ini menjadi sebahagian daripada pembangunan Olympic Sports City — kawasan sukan dan perbandaran baharu yang meliputi kira-kira 9,000 hektar, dengan anggaran kos keseluruhan VND 925 trilion (~RM140.30 billion).

Pembangunan yang diterajui Vingroup itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2035.

Stadium Trong Dong turut menampilkan padang boleh dialih keluar bagi memastikan kualiti rumput optimum, manakala kedudukan tempat duduk yang rapat dengan padang menawarkan suasana yang lebih intim — ciri yang membezakannya daripada stadium pelbagai guna lain.

Malaysia, sebagai perbandingan, mempunyai Stadium Bukit Jalil dengan kapasiti sekitar 87,500 bagi perlawanan bola sepak.

Vietnam berharap kemudahan gergasi ini membuka peluang negara itu menjadi tuan rumah kejohanan besar seperti Piala Dunia, Sukan Asia atau Sukan Olimpik pada masa hadapan. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menjadikan Stadium Trong Dong di Hanoi bakal menjadi stadium bola sepak terbesar dunia?
    A: Stadium Trong Dong diinspirasikan daripada gong peradaban Dong Son, dengan kapasiti 135,000 tempat duduk serta direka dengan teknologi bertaraf dunia seperti bumbung boleh buka terbesar dan sistem pengurusan pintar.
  • Q: Berapakah anggaran kos keseluruhan pembinaan Stadium Trong Dong?
    A: Anggaran kos keseluruhan pembinaan Stadium Trong Dong adalah sebanyak VND 925 trilion.
  • Q: Apakah ciri unik Stadium Trong Dong yang membezakannya daripada stadium lain?
    A: Stadium Trong Dong turut menampilkan padang boleh dialih keluar untuk kualiti rumput optimum dan kedudukan tempat duduk yang rapat dengan padang bagi suasana intim yang berbeza daripada stadium lain.
  • Q: Apakah tujuan Vietnam membina Stadium Trong Dong yang begitu besar?
    A: Vietnam berharap kemudahan gergasi ini membuka peluang negara itu menjadi tuan rumah kejohanan besar seperti Piala Dunia, Sukan Asia atau Sukan Olimpik pada masa hadapan.
  • Q: Bagaimanakah Stadium Trong Dong mempengaruhi Malaysia dari segi kapasiti stadium?
    A: Malaysia, sebagai perbandingan, mempunyai Stadium Bukit Jalil dengan kapasiti sekitar 87,500 tempat duduk berbanding dengan kapasiti 135,000 tempat duduk Stadium Trong Dong di Vietnam.



#Stadium bola sepak #terbesar dunia #Stadium Trong Dong #Stadium Rungrado #Dong Son #burung Lac