awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam: Penerbangan lewat 5 jam, penumpang dapat bayaran balik

Bernama
Bernama
24/07/2023
12:44 MYT
Vietnam: Penerbangan lewat 5 jam, penumpang dapat bayaran balik
Di bawah peraturan itu juga syarikat penerbangan perlu mengecualikan sebarang syarat mengenai perubahan jadual perjalanan atau pertukaran penerbangan dan surcaj yang berkaitan untuk penumpang. - Gambar hiasan/Bernama
HANOI: Syarikat penerbangan di Vietnam perlu membayar balik kepada penumpang yang penerbangan mereka tertunda selama lima jam atau lebih di bawah peraturan baharu, lapor Xinhua memetik laporan akhbar tempatan Vietnam News pada Isnin.
Bagi penerbangan yang ditangguhkan selama lima jam atau lebih, jika penumpang meminta bayaran balik tiket, syarikat penerbangan hendaklah membayar balik keseluruhan tambang tiket atau membayar balik bahagian tambang yang tidak digunakan mengikut pilihan penumpang, lapor akhbar itu memetik dokumen Kementerian Pengangkutan baru-baru ini.
Penerbangan yang ditunda selama dua jam atau lebih, dalam skop peruntukan perkhidmatan pula, syarikat penerbangan itu hendaklah menawarkan perubahan jadual perjalanan yang sesuai untuk penumpang atau menukar mereka ke penerbangan lain untuk sampai ke destinasi terakhir mereka.
Di bawah peraturan itu juga syarikat penerbangan perlu mengecualikan sebarang syarat mengenai perubahan jadual perjalanan atau pertukaran penerbangan dan surcaj yang berkaitan untuk penumpang.
Bagi tiket yang tidak digunakan sepenuhnya, Kementerian Pengangkutan menetapkan bahawa jumlah bayaran balik akan sama dengan tambang tiket yang dibayar penumpang.
Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa pada 1 Sept tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peraturan baharu
#syarikat penerbangan
#destinasi terakhir
#jadual perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan