awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam siap siaga hadapi ribut Bualoi selepas Ragasa

Bernama
Bernama
25/09/2025
15:28 MYT
Vietnam siap siaga hadapi ribut Bualoi selepas Ragasa
Model ramalan cuaca antarabangsa dan tempatan masih berbeza pandangan mengenai laluan dan kekuatan ribut Bualoi. - Gambar fail/AP
HANOI: Kekuatan Ribut Bualoi meningkat ke tahap 12 dan dijangka memasuki Laut Timur lewat Jumaat ini, menjadikannya ribut ke-10 yang dijangka menjejaskan Vietnam tahun ini, menurut Pusat Ramalan Hidrometeorologi Kebangsaan Vietnam (NCHMF).
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah NCHMF Dr Hoang Phuc Lam, Bualoi adalah ribut ke-20 yang terbentuk di barat laut Pasifik pada 2025.
Beliau berkata model ramalan cuaca antarabangsa dan tempatan masih berbeza pandangan mengenai laluan dan kekuatan ribut ini.
Menurutnya bagaimanapun, apabila Bualoi berubah dengan struktur yang lebih stabil dan tersusun, ketepatan ramalan akan bertambah baik, katanya.
Walaupun unjuran awal menunjukkan yang Bualoi mungkin tidak mencapai tahap maksimum seperti Ragasa (Ribut No. 9), pakar memberi amaran yang kesannya ke atas tanah besar Vietnam boleh menjadi setara atau lebih besar.
Menurut NCHMF, mereka akan terus memantau dengan teliti ribut ini dan mengeluarkan amaran terkini dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#bualoi
#Vietnam
#persediaan
#taufan ragasa
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan