[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

Vietnam tubuhkan zon perdagangan bebas pertama di wilayah tengah

Bernama 16/06/2025 | 15:28 MYT
Kerajaan Vietnam telah meluluskan penubuhan zon perdagangan bebas pertama negara itu di bandar tengah Da Nang. - Foto hiasan
HANOI: Kerajaan Vietnam telah meluluskan penubuhan zon perdagangan bebas pertama negara itu di bandar tengah Da Nang, lapor media tempatan VnExpress pada Isnin, menurut Xinhua.
Zon seluas 1,881 hektar itu dijangka menjadi hab utama ekonomi, logistik dan teknologi di rantau Asia Pasifik, menurut laporan itu.
Dalam jangka panjang, Zon Perdagangan Bebas Da Nang disasarkan untuk berfungsi sebagai pautan penting dalam rantaian bekalan global dan serantau.
Menurut laporan itu lagi, Da Nang kini merupakan satu-satunya bandar di Vietnam yang menempatkan taman teknologi tinggi, pelabuhan laut dalam, lapangan terbang antarabangsa serta rangkaian logistik yang semakin berkembang secara serentak.
-- BERNAMA
#Vietnam #Da Nang #Wilayah Tengah #zon perdagangan bebas pertama