[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Viral! Lelaki tangkap ular tedung selar seberat 10kg dengan tangan

Agensi 03/02/2022 | 11:16 MYT
Rakaman yang memaparkan kejadian di wilayah Krabi, selatan Thai itu tular di media sosial sebelum ini selepas lelaki berusia 30 hingga 40-an itu berjaya menundukkan haiwan berbisa itu. - Sumber foto Twitter
ULAR tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra, merupakan salah satu spesis ular yang paling digeruni di muka bumi ini.
Gigitannya yang sangat berbahaya dan paling berbisa di dunia ini boleh membuatkan mangsa terkena serangan jantung kerana bisanya boleh menjejaskan sistem saraf seseorang.
Namun, seorang lelaki di Thailand baru-baru ini, seolah-olah tidak gentar dengan reptilia tersebut apabila menangkapnya dengan hanya menggunakan tangan!
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakaman yang memaparkan kejadian di wilayah Krabi, selatan Thai itu tular di media sosial sebelum ini selepas lelaki berusia 30 hingga 40-an itu berjaya menundukkan haiwan berbisa itu.
Ular yang memiliki panjang sehingga 4.5 meter dengan berat 10 kilogram itu yang pada awalnya cuba untuk menyerang lelaki itu berjaya ditangkap akhirnya.
#ular tedung selar #Thailand #King Cobra #lelaki tangkap ular dengan tangan