DUNIA

Viral: Tabung Haji nasihat jangan percaya video tawaf di Kaabah terhenti

Nazam Yusuff 22/06/2016 | 13:57 MYT
Video berdurasi seminit dua puluh enam saat memaparkan rakaman umat Islam terhenti akibat kesesakan ketika melakukan Tawaf. - Sumber Gambar: Twitter
Tabung Haji menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya mengenai sebuah video yang disebarkan di laman media sosial memaparkan tawaf terhenti ketika jemaah menunaikan tawaf di Masjidil Haram.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai kejadian itu.

Menurutnya, Tabung Haji mempunyai kakitangan sepanjang tahun berada di Mekah yang sentiasa memantau situasi semasa di Tanah Haram.

Menurutnya, beliau sendiri sempat menunaikan umrah dan tiada pula kejadian seperti itu berlaku pagi Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Katanya, berkemungkin video itu adalah lama dan diambil pada tahun sebelumnya.

Video berdurasi 86 saat itu memaparkan rakaman ribuan jemaah terhenti dari menunaikan tawaf di Masjidil Haram akibat kesesakan.
#Abdul Azeez Abdul Rahim #Mekah #Tabung Haji #tawaf