HAMPIR kesemua kakitangan syarikat roket, Virgin Orbit, diarahkan menghentikan operasinya sehingga sekurang-kurangnya minggu hadapan.
Memetik laporan CNN, syarikat yang diasaskan oleh jutawan Britain, Richard Branson itu memaklumkan pemberhentian sementara operasi itu bagi mendapatkan pembiayaan tambahan.
Menurut laporan itu, perkara tersebut dimaklumkan semasa pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Orbit, Dan Hart pada petang Rabu dengan arahan terbaharu untuk menantikan kemas kini daripada barisan kepimpinan minggu hadapan.
"Virgin Orbit sedang memulakan pemberhentian sementara operasi seluruh syarikat, berkuat kuasa 16 Mac 2023, dan menjangkakan kemas kini mengenai operasi ke hadapan dalam beberapa minggu akan datang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Laporan tersebut turut menyebut, berdasarkan sumber dalaman, sebahagian besar pekerja kecuali kakitangan daripada sektor penting seperti pengawal keselamatan tidak akan dibayar gaji atau tidak perlu datang kerja minggu hadapan.
Setakat ini, walaupun tiada perjanjian untuk pembiayaan tambahan telah dipersetujui, namun difahamkan syarikat itu sedang berbincang untuk mendapatkan bantuan kewangan tambahan.
Untuk rekod, Virgin Orbit diasakan pada 2017 selepas beralih daripada syarikat induk, Virgin Galactic, yang memfokuskan kepada penggunaan pesawat supersonik untuk membawa pelancong ke ruang angkasa.
Virgin Orbit pula membangunkan roket yang dilancarkan ke udara untuk mengangkut satelit kecil ke orbit, yang digelar LauncherOne.
Namun pada Januari lalu, roket LauncherOne, yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada misi roket pertama United Kingdom (UK), menghadapi 'anomali' yang menghalangnya daripada mencapai orbit.
Anamoli bermaksud penyimpangan daripada peraturan (jenis atau bentuk) yang biasa.
Secara ringkasnya, misi tersebut disifatkan sebagai gagal.
Astro Awani
Thu Mar 16 2023
Memetik laporan CNN, syarikat yang diasaskan oleh jutawan Britain, Richard Branson itu memaklumkan pemberhentian sementara operasi itu bagi mendapatkan pembiayaan tambahan. - Foto Facebook/Virgin Orbit
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand
Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
107 mangsa konflik hidupan liar terima bantuan RM608,000 tahun ini
Perhilitan menyalurkan RM608,000 kepada 107 mangsa yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar, setakat Oktober tahun ini.
Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan
Kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan EUR43 juta untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).