awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virus COVID-19 dikesan di Itali sebelum dikesan di China - Kajian

Agensi
Agensi
16/11/2020
16:07 MYT
Virus COVID-19 dikesan di Itali sebelum dikesan di China - Kajian
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih sedang meneliti informasi b yang diumumkan pada hujung minggu bagi mengesahkan kenyataan itu. - Gambar fail/REUTERS
VIRUS yang menyebabkan jangkitan COVID-19 dipercayai mula tersebar di Itali pada September 2019, lebih awal berbanding tarikh ia mula dikesan di China, menurut kajian Institut Kanser Negara (INT) Milan.
Hasil kajian yang diumumkan pada hujung minggu lalu itu mendapati 11.6 peratus daripada 959 peserta ujian kanser paru-paru sekitar Sept 2019 hingga Mac 2020, didapati telah menghasilkan antibodi terhadap COVID-19.
Kajian oleh Universiti Siena yang dilakukan susulan dapatan itu pula membuktikan, antibodi berkenaan turut dikesan pada empat kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada bulan Oct 2019.
Giovanni Apolone, penulis bersama kajian tersebut memberitahu Reuters bahawa hasil kajian itu membuktikan bahawa virus tersebut telah tersebar di Itali seawal-awalnya bulan September.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih meneliti informasi berkenaan bagi mengesahkan kenyataan itu.
Sebelum ini, WHO mengumumkan virus COVID-19 yang telah menyebabkan sekitar 54.2 juta jangkitan di seluruh dunia, mula dikesan di Wuhan, China akhir tahun lalu.
Namun, WHO tidak menolak kemungkinan virus itu tersebar di tempat lain tanpa dikesan.
Itali melaporkan 1.18 kes positif COVID-19 dan lebih 45,000 kematian setakat Isnin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#China
#WHO
#Itali
#antibodi
#Universiti Siena
#Giovanni Apolone
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan