awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan

Razak Chik
Razak Chik
23/04/2020
13:36 MYT
Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Selebriti dikutuk tangkai jering, enggan guna harta peribadi bantu bayar gaji pekerja terjejas pandemik COVID-19, sebaliknya tagih bantuan dana kerajaan.
BEBERAPA usahawan bertaraf selebriti Great Britain teruk dikutuk kerana bergantung kepada dana kerajaan untuk membayar gaji pekerja.
Pandemik COVID-19 dan kehilangan mata pencarian menyebabkan ada usahawan berkira-kira untuk 'tutup kedai'. Tetapi bagi yang masih ada semangat, mereka memilih melepaskan sementara (furlough) pekerja.
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering walhal masing masing mempunyai kekayaan peribadi bernilai beratus juta Pound Sterling.
Pereka fesyen Stella McCartney dan rakan rapatnya Victoria Beckham antara usahawan yang memilih memberhentikan tenaga kerja mereka untuk jangka sementara akibat perintah berkurung (lockdown) bagi mencegah penularan COVID-19.
Dalam suasana pandemik yang menyebabkan ekonomi terencat, pemberhentian sementara merupakan pilihan bagi kebanyakan usahawan dan pemilik syarikat Great Britain, sebagai alternatif bagi mengelak perniagaan gulung tikar.
Bantuan kerajaan dihulur dalam bentuk dana bersaiz hampir RM215 bilion (40 bilion Pound Sterling) untuk tiga bulan pembayaran gaji bermula hujung April.
Victoria Beckham, juga bekas ahli kumpulan Spice Girls, yang menceburi bidang perniagaan rekaan fesyen menghadapi masalah sama.
Victoria bersama suaminya David Beckham – bekas ayam tambatan pasukan bolasepak Manchester United dan England – mempunyai harta terkumpul bernilai lebih dari RM1.9 bilion (335 juta Pound Sterling).
30 pekerja syarikatnya – Victoria Beckham Limited (VBL), terpaksa dilepaskan sementara dan kini bergantung pendapatan dari skim anjuran kerajaan. VBL gagal mencatat untung sepanjang 10 tahun operasi sejak penubuhannya pada tahun 2008.
Stella McCartney menjana pendapatan hampir RM2.7 bilion (500 juta Pound Sterling) setahun dari perniagaan fesyennya. Kekayaan peribadi anak perempuan bekas anggota kumpulan Beatles, Paul McCartney, ini berjumlah lebih dari RM323 juta (60 juta Pound Sterling).
Stella memilih untuk memanfaatkan skim pengekalan kerja ini melibatkan hampir separuh dari 1,400 tenaga pekerja syarikatnya.
Richard Branson pula memohon bantuan dana kerajaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangannya Virgin Atlantic.
Terkenal sebagai usahawan, pelabur dan dermawan, Branson mempunyai harta peribadi bernilai lebih daripada RM18.3 bilion (AS$4.2 bilion).
Beliau dikecam kerana memohon pinjaman RM2.7 bilion (500 juta Pound Sterling) dari kerajaan Great Britain dengan menawarkan Pulau Necker di Laut Caribbean miliknya sebagai cagaran.
Ramai yang mempertikai niatnya kerana pulau itu hanya bernilai RM540 juta (100 juta Pound Sterling!) Lebih-lebih lagi, sebagai pemastautin di Necker, Branson tidak membayar cukai Great Britain sekian lama.
Kini apabila ditimpa bencana, Branson diherdik kerana memohon bantuan dana dari negara asalnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dana kerajaan
#great britain
#Richard Branson
#selebriti
#Stella McCartney
#usahawan
#Victoria Beckham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan