Virus Zika dikesan di Amerika Syarikat

Astro Awani
Julai 30, 2016 00:23 MYT
Seorang wanita dan tiga lelaki disahkan dijangkiti virus Zika melalui gigitan nyamuk di Miami. -Gambar fail
Jabatan Kesihatan Florida mengesahkan empat kes jangkitan virus Zika direkodkan.
Menurut pegawainya, seorang wanita dan tiga lelaki disahkan dijangkiti virus tersebut melalui gigitan nyamuk di Miami.
Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Atlanta, Dr Thomas Frieden berkata terdapat kemungkinan peningkatan kes jangkitan di kawasan terpencil direkodkan selepas ini.
Virus tersebut disyaki mula merebak pada awal Julai.
Sehubungan itu, wanita terutamanya yang hamil disarankan menggunakan alat penghalau nyamuk, memakai baju berlengan panjang dan tinggal di dalam rumah untuk mengelakkan gigitan serangga pembunuh itu.
#alat penghalau nyamuk #Dr Thomas Frieden #Jabatan Kesihatan Florida #jangkitan virus Zika