Skip to main content

Dunia

Volkswagen catat penurunan ketara dalam penghantaran kenderaan suku ketiga

Penurunan paling ketara dicatatkan di China apabila penghantaran menjunam 38.5 peratus tahun ke tahun. - Gambar fail
Penurunan paling ketara dicatatkan di China apabila penghantaran menjunam 38.5 peratus tahun ke tahun. - Gambar fail

Advertisement

FRANKFURT: Jualan Volkswagen mencatatkan penurunan lebih ketara pada suku ketiga apabila penghantaran kenderaan global merosot 14.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut syarikat itu pada Isnin.

Pengeluar kereta dari Jerman itu menghantar kira-kira 1.89 juta kenderaan bagi semua jenamanya di seluruh dunia antara Julai hingga September, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penurunan paling ketara dicatatkan di China apabila penghantaran menjunam 38.5 peratus tahun ke tahun.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Volkswagen menjual lebih sedikit daripada enam juta kenderaan di seluruh dunia, merosot sembilan peratus atau kira-kira 600,000 kenderaan berbanding tempoh sama tahun lepas.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement