[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Volkswagen Golf kereta terbaik Eropah 2013

Astro Awani 04/03/2013 | 23:01 MYT
Kereta model Volkswagen Golf telah dinamakan Kereta Terbaik Eropah 2013 oleh wartawan automotif dari lebih 20 negara pada Pameran Kereta Geneva di Switzerland.
Volkswagen Golf meraih 414 undi, mengatasi pesaingnya Subaru BRZ yang turut dikenali Subaru GT86 dengan 202 undi dan Volvo V40 generasi ketiga dengan 189 undi.
Volkswagen Golf pernah memenangi anugerah sama pada 1992.
Diperkenalkan sejak 1974, kereta hatchback yang direka bentuk baru itu itu adalah model keluaran Volkswagen yang paling laris.
Susulan kemenangannya itu , ia kini berhasrat untuk mengambil alih kedudukan Toyota sebagai pengeluar kereta terbesar dunia.
Anugerah berkenaan adalah platform penting bagi pengeluar kereta di Eropah untuk memberikan idea kepada pengguna mengenai kereta masa depan.
Perusahaan permotoran di Eropah kini berdepan tempoh sukar berikutan krisis kewangan yang melanda kebanyakan negara.
Dengan kuasa beli pengguna semakin mengecil, pengeluar kereta terpaksa membuat beberapa keputusan berat demi kelangsungan syarikat.
#Geneva #Volkswagen Golf