awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman

Bernama
Bernama
25/09/2024
21:45 MYT
Volkswagen tolak tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja di kilang Jerman
IG Metall menuntut kenaikan gaji sebanyak 7 peratus di VW dan seluruh industri automotif Jerman. - Foto fail/REUTERS
HANOVER: Gergasi automotif Jerman, Volkswagen (VW) menolak tuntutan kesatuan pekerja untuk kenaikan gaji, sebaliknya mengancam untuk melakukan pemotongan kos semasa rundingan perjanjian kolektif pertama dengan pemimpin pekerja pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemimpin pekerja berkata, pihak pengurusan VW juga enggan memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan pemberhentian besar-besaran dan penutupan kilang yang telah diancam oleh pengurusan VW sebagai sebahagian daripada usaha penjimatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
"Daripada beban kos, kita memerlukan pelepasan kos," kata Ketua Sumber Manusia VW, Arne Meiswinkel yang bertindak sebagai ketua perunding bagi pihak pengurusan. "Ini juga memerlukan sumbangan daripada pekerja."
Kesatuan sekerja IG Metall, yang mewakili sebahagian besar tenaga kerja VW menyatakan, tuntutan syarikat itu adalah ancaman pemotongan gaji bagi pekerja di syarikat berkenaan.
IG Metall menuntut kenaikan gaji sebanyak 7 peratus di VW dan seluruh industri automotif Jerman.
Perbincangan pada Rabu berlangsung kira-kira tiga jam. Mesyuarat lanjut belum lagi dijadualkan, tetapi ketua perunding bagi kesatuan sekerja berkata beliau berharap rundingan seterusnya akan diadakan sebelum akhir November.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volkswagen
#kesatuan pekerja
#kenaikan gaji
#IG Metall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan